Tuesday, July 28, 2009

Dengan 1 sen, Anda Boleh Untung RM100? RM500?


Penggunaan syiling 1 sen ni dah lama dimansuhkan oleh Bank Negara. Jika dulu nilai 1 sen ni berguna untuk membayar bil-bil utiliti tp sekarang syiling 1 sen itu sudah tidak bernilai di pasaran. Tapi anda tentu tak menjangka di pasaran saham, kenaikan 1 sen boleh memberi anda untung kasar RM100, RM500 dan sebagainya. Bagaimana?

Katakan anda membeli saham kaunter X pada harga RM0.10 dengan jumlah 10,000 unit (0.10 x 10,000= RM1,000).

Kemudian apabila berlaku kenaikan pada kaunter X sebanyak 1 sen iaitu pada harga RM0.11, ada menjualnya. Jadi anda telah memperolehi untung kasar sebanyak RM100 (0.11-010 x 10,000= 100). Bayangkan keuntungan anda jika memiliki 50,000 or 100,000 unit syer tersebut?

So, sapa kata dengan 1 sen anda tak bleh kaya?? Stay tune.........

Ingin Melabur Di Bursa Saham?


Kebiasaannya, majoriti orang Melayu tidak berani/tidak terdedah untuk melabur secara langsung di bursa saham. Majoritinya lebih gemar menyimpan duit di bank, di Tabung Haji, ASB/ASN yang mereka rasa lebih selamat dengan pulangan yg sederhana or kecil.

Mungkin rata-rata antara kita menganggap melabur dalam ekuiti/syer/saham di bursa terlalu berisiko (tapi melabur dalam skim cepat kaya mereka tak fikir plak tentang risiko kena tipu). Namun, sebenarnya stigma itu patut diubah. Risiko melabur di bursa boleh dikendalikan dan pulangannya juga lebih baik jika kena caranya.

Dengan situasi ekonomi global serta domestik yg mula menunjukkan tanda2 pemulihan, pelaburan di bursa boleh menjanjikan pulangan yg menguntungkan. Mungkin ada tidak percaya jika pulangan anda sebanyak 100% dalam tempoh 4 bulan?

Dengan ilmu & pengalaman yg ciput, Mat akan berkongsi serba-sedikit dengan anda tentang pelaburan saham di bursa. Stay Tune!!!